Esei Kumpulan


 

 

  
                                          GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

SEMESTER 2 : SESI 2016/2017

 

Tajuk Tugasan :  

E-LEARNING DALAM PEMBELAJARAN

 

Disediakan oleh :

NOR HANA AFIRA GARAHANA A154438

NOOR HAJIJAH MAULAH A154947

NUR IYAANI KAMALUDIN A153938

MOHAMAD FIRDAUS FAIZ PONIRAN A155313

 

 Pensyarah :  

ENCIK MD YUSOFF BIN DAUD

 

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

 

 

 

 

 

 

 

 
ISI KANDUNGAN


BI
L
PERKARA
MUKA SURAT
1
1.0 PENGENALAN
 
2
2.0 KONSEP DAN DEFINISI E-LEARNING
 
3
3.0 PLATFORM UNTUK E-LEARNING
 
4
4.0 PERBEZAAN E-LEARNING DAN M-LEARNING
 
5
5.0 APLIKASI E-LEARNING DALAM PENDIDIKAN
 
6
6.0 APLIKASI E-LEARNING DALAM PENDIDIKAN KHAS
 
7
7.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN E-LEARNING
 
8
8.0 ISU DAN CABARAN E-LEARNING TERHADAP
PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
 
9
9.0 KESIMPULAN
 

 

 

 1.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang sangat maju mendorong berbagai lembaga pendidikan memanfaatkan sistem e-learning untuk meningkatkan aktiviti dan fleksibiliti pembelajaran. Meskipun banyak hasil penelitian menunjukan bahwa aktiviti pembelajaran menggunakan sistem e-learning cenderung sama apabila dibandingkan dengan pembelajaran konvensional atau klasikal, tetapi keuntungan yang boleh diperolehi dengan e-learning adalah dari segi fleksibilitisnya. Melalui e-learning tajuk pembelajaran dapat diakses bila-bila saja dan dari mana saja. 

Disebabkan perkembangan e-learning yang masih baru, definisi dan konsep sistem e-learning sangatlah bervariasi dan belum ada standard yang baku. Berdasarkan pengamatan dari berbagai sistem pembelajaran web yang ada di internet konsep e-learning bermula dari yang sederhana berbanding portal yang dipadukan dengan pelbagai objektif, maklumat pembelajaran dan sebagainya. 

Namun kecanggihan teknologi telah mencetus idea-idea membuat pembaharuan dengan memperkenalkan portal-portal yang bersesuaian dengan pelajar dan kakitangan untuk memudahkan aksesibiliti antara dua hala. Elearning juga boleh diakses oleh mana-mana browser seperti IE, Mozzila, Safari, Chrome, dan lain-lain.

 

2.0 KONSEP DAN DEFINISI E-LEARNING

Pembelajaran elektronik atau e-learning telah dimulai pada tahun 1970-an (Waller and Wilson, 2001). Berbagai istilah digunakan untuk mengemukakan pendapat/gagasan tentang pembelajaran elektronik, antara lain adalah: on-line learning, internet-enabled learning, virtual learning, atau web-based learning. 

E-learning boleh didefinisikan daripada singkatan dari electronic learning (Sohn, 2005). Salah satu definisi umum dari e-learning diberikan Gilbert & Jones (2001), iaitu : penyampaian pembelajaran melalui suatu media elektronik seperti internet, intranet/extranet, satellite broadcast, audio/video tape, interactive TV, CD-ROM, dan computer-based training (CBT). Definisi yang hampir sama diusulkan oleh The Australian National Authority (2003) yakni meliputi aplikasi dan proses yang menggunakan berbagai media elektronik seperti internet, audio/video tape, interactive TV and CD-ROM. E-learning merupakan suatu jenis kaedah belajar mengajar yang memungkinkan tersampainya bahan ajar ke pelajar dengan menggunakan media Internet, Intranet atau media jaringan komputer lain (Darin E. Hartley, 2001:1). Secara sederhana dapatlah dikatakan bahwa pembelajaran elektronik (e-learning) merupakan kegiatan pembelajaran yang memanfaatkan jaringan (Internet, LAN, WAN) sebagai metode penyampaian, interaksi, dan fasilitasi serta didukung oleh berbagai bentuk layanan belajar lainnya (Brown, 2000; Feasey, 2001). E-learning menurut Allan J. Henderson (2003:2) dinyatakan sebagai (1) e-learning adalah pembelajaran jarak jauh yang menggunakan teknologi komputer. 

Konsep keberhasilan program e-learning ditunjang oleh sistem teknologi maklumat. Perlu juga diperhatikan peranan dari tenaga pengajar dan pelajar, serta pengguna, cara mengaplikasi teknologi baru, fasiliti, yuran, dan jadual kegiatan (Natakusumah, 2002).

Secara konsep, tenaga pengajar e-learning harus mempunyai kemampuan pemahaman pada tajuk yang disampaikannya, memahami strategi e-learning yang efektif, bertanggung jawab pada tajuk pelajaran, persiapan pelajaran, pembuatan modul pelajaran, penyediaan bahan penunjang, penyampaian tajuk pelajaran yang efektif, penentuan interaksi mahasiswa, dan penyamahrataan tugas secara elektronik. Studio pengajar perlu dikelola lebih baik dari pada ruangan kelas biasa. Pensyarah harus menggunakan peralatan, antara lain menggunakan audio, video materials, dan jaringan komputer selama pembelajaran berlangsung. 

 

3.0 PLATFOM UNTUK E-LEARNING


Platform untuk E-Learning atau E-Pembelajaran mempunyai kepelbagaian yang terdiri yang sudah dibangunkan oleh syarikat untuk mencipta aplikasi.

Pada dunia yang berteknologi tinggi, memahami internet dan komputer adalah perkara yang sangat penting. Kita boleh memanfaatkan kedua duanya untuk meningkatkan keberangkalian .Kita hanya perlu menyambung internet, demi meningkatkankan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan komputer dan internet. Dengan menggunakan E-Learning ini banyak proses belajar-mengajar yang menjadi semakin mudah dan efektif. Menjelang tahun 2017 pelbagai platform E-Learning yang tersedia secara open source. Ada begitu banyak aplikasi E-Learning yang mudah untuk dimuat naik dan mempunyai komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran serta juga dalam bidang perniagaan. Antara aplikasi E-Learning yang perlu dicuba dan tinggi penggunaan aplikasi tersebut ialah ;

 

Moodle

Moodle adalah E-Learning System yang bersifat Open Source yang sangat terkenal. Dibangunkan dengan menggunakan PHP dan menggunakan MySQL atau PostgreSQL sebagai data yang umum. Sebuah Course Management yang mempunyai pelbagai kegunaan dengan pelbagai fungsi seperti penjadualan mata pelajaran,membuat kuiz , dokumentasi dan lain-lain. Tersedia dengan berbagai modul yang dapat membantu interaksi antara pelajar dengan guru/pengajar, seperti chat, forum, workshop atau survey. Moodle telah digunakan lebih dari pengguna 1000 website dan memiliki dokumentasi yang banyak.

Jika anda berminat untuk mneggunakan moodle, anda boleh klik di (https://moodle.org/.com)  Fedena

Fedena memiliki banyak fungsi yang anda boleh untuk menjalankan proses pembelajaran yang efektif di lingkungan sekolah atau institusi yang anda pelajari. Dengan akses login dan tampilan muka depan yang cantik serta mesra pengguna,ia juga memudahkan dalam penggunaannya. Hal ini kerana, laman web Fedena ini telah membahagikan antara pelajar, guru, tenaga pengajar, mahasiswa malah ibu bapa untuk mengakses masuk ke laman tersebut.

Oleh itu, laman web ini memudahkan pengguna dan ia juga tidak mengelirukan untuk diguna. 
Jika anda mahu mengakses laman ini, anda boleh klik kepada https://www.fedena.com/ 

 

 

SchoolTool

SchoolTool adalah sistem informasi pelajar yang menggunakan sistem web, tampilan yang menarik dan tentu saja percuma kepada semua orang. Biasa digunakan untuk mendukung proses belajar di satu institusi atau sekolah. SchoolTool juga merupakan sebuah kerangka kerja untuk membangun aplikasi kostum dan konfigurasi bagi suatu sekolah yang memerlukannya.

Beberapa fungsi SchoolTool yang boleh digunakan sebagai berikut:

-Untuk pendaftaran dan demografi siswa
-Penilaian dan pelaporan tiap-tiap kelas

-Mengukur prestasi siswa baik keterampilan, kompetensi mahupun hasil dari proses belajar di kelas.

 Jika      anda    berminat          untuk   menggunakan SchoolTool,     anda    boleh   klik      ke https://sscsdportal.saratogaschools.org/schooltool_student/ 

 

 
DOKEOS 

DOKEOS edisi komuniti adalah E-Learning Solution bersifat Open Source. DOKEOS ini adalah karya dari sebuah komuniti besar yang menyatukan ratusan pengembang di lebih dari 5 negara, juga melibatkan pengguna dan penterjemahan. Dan aplikasi ini telah digunakan lebih dari 20 bahasa dan 60 negara di dunia.

https://www.dokeos.com/ 

 

OpenEMIS

OpenEMIS merupakan sebuah Sistem Informasi Pembangunan Pendidikan untuk kegunaan Open Source. Di dalamnya terdapat layanan pengumpulan, pengolahan data dan pengaturan infomasi pendidikan.

http://emis.moe.gov.jo/openemis-core/ 

 

 

4.0 PERBEZAAN E-LEARNING DENGAN M-LEARNING


Walaupun e-learning dan m-learning banyak digunakan secara seiring dalam pelbagai pihak, namun kedua-dua mod pembelajaran ini mempunyai perberbezaan dari pelbagai aspek atau kriteria. Sebagai guru atau pereka pembelajaran di abad ke-21 ini, mereka haruslah mengetahui dan memahami tentang dua format ini supaya boleh membuat kandungan pengajaran lebih berkesan dan efektif. Antara aspek yang diambil kira perbezaannya ialah tujuan, medium dalam penyampaian, reka bentuk dan tempoh masa. 

Perbezaan pertama antara e-pembelajaran dengan m-learning ialah tujuannya. Tujuan e-learning adalah untuk tujuan memantapkan pemahaman dan pengekalan tentang sesuatu pengetahuan tersebut. Sebagai contoh, menggunakan e-learning untuk mengajar tentang sesuati kemahiran yang spesifik atau kesan terhadap pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu subjek tersebut kepada pelajar dan digunakan sepanjang sesi pembelajaran. Manakala, m-learning pula mempunyai tujuannya yang tersendiri iaitu menyokong proses pembelajaran yang sedang berlangsung apabila pelajar memerlukan akses yang cepat dalam pencarian maklumat. Contohnya, mencari maklumat ketika perlu dan bukannya berlaku sepanjang sesi pembelajaran.

Kedua, medium penyampaian bagi kedua-dua mod pembelajaran juga berbeza. E-learning yang memerlukan laptop atau computer dalam mencari pengetahuan atau maklumat tambahan. Contoh yang sering diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah pada zaman sekarang ialah membawa pelajar ke makmal komputer dan menyuruh pelajarnya mencari maklumat tambahan tentang topik yang sedang dibincangkan oleh guru. Sebaliknya, m-learning lebih bersifat mudah alih kerana menggunakan telefon pintar, tablet ataupun ipad yang membolehkan pelajar mencari maklumat di hujung jari sahaja. Medium ini sudah menjadi kewajipan untuk digunakan di dalam dewan kuliah dalam mencari maklumat tambahan tentang topik yang dibincangkan di dalam kuliah dan selalunya medium ini digunakan apabila perlu sahaja. 

Ketiga, reka bentuk yang berbeza mempengaruhi e-learning dan m-learning. Bagi e-learning, reka bentuknya adalah skrin besar ataupun dikenali sebagai persekitaran statik. Hal ini kerana, komputer atau laptop mempunyai skrin yang lebih besar berbanding telefon atau tablet. dengan mempunyai skrin yang besar ini, ia memudahkan pengguna untuk mencari dan membaca maklumat. Tambahan pula, dengan menggunakan reka bentuk ini, pengguna juga akan lebih mudah untuk mengakses media dan interaktif yang perlbagai berbanding dengan m-learning yang menggunakan reka bentuk skrin kecil dan hanya boleh mengakses satu laman sahaja per skrin, manakala e-learning boleh membuka banyak laman pada masa yang sama. 

Keempat, tempoh masa yang digunakan setiap kali mengakses dalam kedua-dua mod pembelajaran yang dibincangkan di atas. Penggunaan masa ketika e-learning lebih panjang dan meluas berbanding m-learning yang hanya direka untuk menyiapkan modul yang lebih kecil. Tempoh yang dicadangkan dalam e-learning ialah 20-30 minit manakala m-learning dicadangkan selama 3-10 minit sahaja. 

Sebagai kesimpulan, walaupun kedua-dua mod pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri perbezaan yang lebih banyak berbanding persamaan namun, kedua-duanya memiliki kebaikan dan kekurangannya yang tersendiri dan kebaikannya tersendiri.
 

5.0 APLIKASI E-LEARNING DALAM PENDIDIKAN


Penerapan e-pembelajaran dalam sistem pendidikan sedikit sebanyak membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bukan itu sahaja, ia juga dapat mempercepatkan proses PdP kerana pelajar boleh memba nota kuliah yang akan dibincangkan pada kuliah yang akan datang.

 Antara aplikasi e-pembelajaran dalam pendidikan ialah Sistem Maklumat Pelajar (SMP) atau Ifolio yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Aplikasi ini merupakan suatu laman yang menyediakan nota-nota kuliah dan pengumuman yang diberikan oleh pensyarah dari semasa ke semasa. Ifolio juga tempat PdP berlangsung secara tidak formal iaitu di ruangan “Discussion” di mana, pensyarah akan meletakkan tugasan di halaman tersebut dan pelajar harus menghantar tugasan di ruangan tersebut. Melalui SMP pula, ia membenarkan pelajar mendaftar kursus untuk semester hadapan secara atas talian. Selain itu juga, SMP ini akan memapar keputusan peperiksaan pelajar dan melalui aplikasi ini juga, pelajar boleh mengesahkan jadual peperiksaan dan sebagainya. 

Seterusnya, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS). Sistem ini baru sahaja diperkenalkan pada tahun lepas di mana ia juga merupakan salah satu aplikasi e-learning dalam pendidikan. Hal ini kerana, SAPS ini memudahkan guru untuk merekod keputusan pelajar samada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tambahan itu, dengan sistem ini, ibu bapa dapat mengakses maklumat dan boleh mengikuti kemajuan anak mereka secara atas talian.

Tambahan itu, bagi pendidikan khas pula, sistem e-RPI yang juga merupakan sistem terbaru yang baru digunakan oleh semua guru pendidikan khas di seluruh Malaysia. E-rpi sama sahaja seperti SAPS tetapi yang berbeza adalah e-RPI adalah bertujuan untuk merekod perkembangan dan target untuk mencapai sesuatu matlamat.. Sebagai contoh, pelajar disleksia yang tidak dapat membezakan antara huruf “b” dengan “d”. jadi, matlamat guru ialah supaya di akhir PdP, pelajar tersebut boleh membezakan dua huruf tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan. 

Dalam hal ini juga, aplikasi sumber terbuka juga merupakan aplikasi e-learning. Contoh sumber terbuka adalah seperti wordpress, blogspot dan banyak lagi. melalui sumber terbuka ini, orang awam boleh menyuarakan pendapat dan pandangan tentang sesuatu isu atau topik. Selain itu, melaui sumber terbuka ini banyak kebaikannya dari segi aspek pendidikan di mana boleh menambah banyak maklumat dengan mudah. Hal ini kerana, sudah banyak sumber terbuka yang meletakkan nota tambahan yang tidak diajar oleh guru di dalam kelas atau tips untuk menjawab soalan peperiksaan. Hasil daripada itu, pelajar dapat mengakses dan dapat menggunakan tips yang diberikan di dalam dewan peperiksaan. 

Tuntasnya, aplikasi e-learning banyak membantu dalam melancarkan sistem pendidikan di Malaysia kerana ia banyak melibatkan aktiviti secara atas talian dan boleh diakses di mana-mana sahaja tanpa batasan masa atau tempat

 

6.0 APLIKASI E-LEARNING DALAM PENDIDIKAN KHAS


Program pendidikan khas dan institusi yang berkaitan diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada golongan berkeperluan khas untuk mendapatkan hak sama rata selaras dengan beberapa deklarasi utama yang menuntut pendidikan untuk semua. Hal ini adalah kerana, golongan berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat, kemampuan dan keperluan pembelajaran sejajar dengan kewujudan Deklarasi Pendidikan untuk Semua dan Penyataan Salamanca.

Berdasarkan gesaan melalui deklarasi di peringkat antarabangsa dan persetujuan oleh kebanyakan negara anggota yang telah menandatangani deklarasi tersebut, Kementerian Pelajaran telah menjadikan deklarasi tersebut sebagai dasar kepada pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.

Ekoran itu, pembelajaran Elearning juga diperkenalkan dikalangan pelajar bekeperluan khas agar isu mendiskriminasi golongan pelajar bekeperluan khas tidak timbul. justeru bagi murid berkeperluan khas walaupun mereka mempunyai pelbagai kekurangan tetapi pendidikan yang sewajar dan maksimum perlu diberi bersama-sama kanak-kanak biasa tanpa diskriminasi telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek. 

Pelajar perlu diukur tahap mental dan fizikal serta sahsiah. Untuk menjamin keseragaman hasil dan keputusan sepanjang proses pembelajaran, guru, ibu bapa, masyarakat, pembuat dasar dan pembina kurikulum, pemimpin pihak berkepentingan perlu merangka strategi dan tindakan agar pelajar tidak menghadapi masalah. Setiap individu memiliki tahap IQ (Intelligent Quotion) dan EQ(Emotion Quoation) yang berbeza-beza. Justeru, aplikasi dan produk pembelajaran perlu mempunyai ciri-ciri khas dan tambahan. Ianya penting sekiranya sepanjang proses pembelajaran, guru bakal berhadapan dengan pelajar yang lemah di dalam pembelajaran dan pengajaran yang lebih dikenali sebagai disability learners. Terdapat beberapa kategori pelajar yang lemah pembelajaran yang boleh mendapat manfaat daripada transformasi pendidikan dan pembelajaran, antaranya: 

I.                                  Attentive Deficit Hyperactive Disorder – pelajar yang mempunyai tahap keaktifan

luar biasa seringkala gagal memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara 

II.                               Attention Deficit Disorder – pelajar yang aktif namun ianya tidak membantu di

dalam penfokusan dan perhatian 

III.                            Dyslexia – pelajar yang mengalami masalah di dalam 3M, iaitu keupayaan

mengira, menulis dan membaca 

IV.                            Autism - pelajar yang mengalami masalah mental dan gangguan pada saraf otak,

walaupun cukup sifat dan anggota, pelajar ini dikesan kurang berkomunikasi, bertutur dan berinteraksi dengan persekitaran 

V.                               Dysgraphia – pelajar yang mengalami gangguan di dalam memproses rajah,

animasi dan lukisan abstrak 

VI.                            Dyscalculia – pelajar ini dikenalpasti tidak berupaya mengira, mengenali dan mentafsir nombor dan digit 

VII.                         Dyspraxia - pelajar yang mengidap kecelaruan di dalam menjana sistem dan

koordinasi motor hingga boleh menjejaskan pertuturan. 

 

Namun, penggunaan elearning untuk pelajar bekeperluan khas agak kurang ekoran ketidakupayaan pelajar untuk mengakses dan ketidakmampuan mereka menghadkan penggunaan elearning. Tetapi pelajar bekeperluan khas yang diinklusifkan pula digalakkan dalam penggunaan elearning agar tidak ketinggalan dalam aspek pembelajaran. Aplikasi internet yang digunakan oleh pelajar keperluan khas juga perlulah dipantau oleh guru-guru. 

Kesimpulannya, pelajar bekeperluan khas lebih baik dalam penggunaan aplikasi manual iaitu one-one apabila proses pembelajaran agar memudahkan penyampaian ilmu terus kepada mereka. Elearning mungkin boleh diaplikasikan namun perlu melihat keupayaan pelajar dalam mengengelola elearning itu sendiri agar pembelajaran jarak jauh itu berhasil. 

 

 

7.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN E-LEARNING


E-Learning adalah salah satu kaedah alternatif yang popular dalam proses pembelajaran pada hari ini. Ia merupakan sistem pendidikan yang membantu pelajar dengan menggunakan medium internet, intranet dengan komputer. Dengan ini, pelajar dapat belajar sesuatu dengan menggunakan internet. Namun begitu, kaedah ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antara kebaikanya ialah memudahkan pengajar atau pensyarah memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan kuliah mereka. Seperti yang kita sedia maklum dunia semakin moden dan semakin maju begitu juga dengan sistem teknologi oleh itu dengan adanya E-Learning maka lebih memudahkan lagi pensyarah dan guru-guru memuat naik nota-nota yang penting untuk kegunaan pelajar. contohnya nota kuliah dan latihan yang ingin di berikan kepada pelajar.

Seterusnya ialah, dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan mudah.situasi ini lebih memudahkan dan mempercepatkan urusan antara pensyarah dan pelajar. pelajar boleh melihat pengumuman atau maklumat yang telah di muat naik oleh pensyarah pada bila-bila masa tanpa perlu mengunggu kelas seterusnya.

 Selain itu, ia juga secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. hal ini demikian kerana sistem teknologi semakin canggih . oleh itu,dengan adanya E-Learning pelajar boleh lebih memahami dan meneroka sesuatu yang baru dan tidak ketinggalan dengan pelajar dari Negara lain. Contohnya,sentiasa menggunakan dan meneroka sistem internet dan aplikasi internet.

Keempat ialah, ia juga dapat menjimatkan kos kewangan kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu membuat ‘print out’ nota-nota mereka dan . Oleh itu pelajar dapat menjimatkan wang mereka untuk keperluan yang lain dan Ia merupakan bahan bantu untuk membuka minda pelajar dengan maklumat yang banyak dari sumber yang pelbagai. Contohnya adalah laman web, blog dan forum

Yang kelima ialah penggunaan E-learning ini juga dapat mengenalpasti kelemahan seseorang pelajar. Kelemahan serta kekuatan seseorang pelajar ketika menggunakan E-Learning ini ialah apabila proses pencarian sumber maklumat serta latihan yang diberikan. Sehubungan dengan itu, melalui latihan yang dijalankan dalam talian mampu membuat penilaian terhadap para pelajar dalam satu-satu subjek matapelajaran yang diambil.

Keenam, ianya juga menjadi medium kerana menyenangkan pensyarah. Pelajar tidak lagi perlu membawa buku yang banyak dan boleh melontarkan semua idea yang ada tanpa perlu berasa malu dan disini berlakunya pertukaran idea antara pelajar dan guru. Contohnya dalam E-Learning terdapat bahagia perbincangan yang membolehkan pelajar saling memberi pendapat dan boleh bertanyakan soalan.

Akhir sekali,E-Learning juga membolehkan pelajar meneroka ilmu yang kemungkinan tidak disediakan di sekolah harian biasa. Ia adalah merentas sempadan dan menjangkau sumber dari pihak luar negara. Contohnya pelajar boleh mengakses pelbagai maklumat dari dalam dan luar Negara tanpa batasan. Oleh itu, pemikiran pelajar tidak konvensional malahan persepsi mereka juga terbuka, lebih positif, tidak ketinggalan dan maju ke hadapan.

 Walaubagaimanapun setiap perkara pasti terdapat kelemahannya tersendiri termasuklaj

E-Learning. Antara kelemahan E-Learning ialah akan mewujudkan kurangnya komunikasi antara pensyarah dan pelajar kerana kedua-dua pihak jarang berjumpa. Seperti yang kita sedia maklum E-Learning boleh di akses tanpa perlu berjumpa dengan pensyarah. Oleh itu kesan daripada situasi ini maka kurangla komunikasi dua hala kerana pensyarah dan pelajar jarang berjumpa kerana pensyarah hanya menggunakan E-Learning sebagai medium kepada penyebaran maklumat.

 Kedua ialah,menyukarkan pelajar untuk berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah mereka berkaitan aspek pembelajaran. Hal ini demikian kerana pelajar boleh menyuarakan pendapat atau bertanyakan soalan kepada pensyarah. Namun sekiranya pelajar mempunyai masalah dalam sesuatu topik pembelajaran,pelajar susah untuk menjelaskan dengan lebih lanjut sehingga pensyarah dapat memahami pertanyaan pelajar tersebut. 

Keburukannya yang lain adalah risiko berlakunya unsur plagiat, pelanggaran hak cipta atau dengan kata lain mengambil hak penulisan orang lain tanpa kebenaran. Terdapat sesetengah pelajar yang bersikap malas dan mengambil cara mudah untuk menyiapkan tugasan. Oleh iu,kelemahan E-Learning ini boleh menyebabkan kegiatan plagiat semakin meningkat kerana pelajar hanya mengambil sumber maklumat daripada orang lain daripada blog,wesite dan sebagainya tanpa berusaha terlebih dahulu.

Selain itu, ia juga menyukarkan pelajar terutamanya golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat perkara-perkara yang dipaparkan dalam E-Learning. Setuasinya terutamanya berlaku kepada pelajar di luar Bandar dan berpendapatan rendah.

Yang kelima ialah, boleh menyebabkan pelajar itu malas dan tidak akan hadir ke kelas untuk mendengar kuliah kerana segala nota telah di upload di E-learning oleh pensyarah. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar akan lebih cendrung melakukan perkara yang tidak bermanfaat kerana mereka menganggap menghadirkan diri ke kuliah adalah perkara yang sia-sia kerana segala nota akan di muat naik oleh pensyarah selesai sahaja kuliah tersebut.

Akhir sekali ialah, pensyarah tidak tahu akan perangai pelajar mereka sendiri ataupun masalah pelajar. ini kerana, proses pembelajaran E-learning tidak menemukan antara pelajar dan pensyarah secara langsung, oleh itu pensyarah tidak tahu akan situasi pelajar tersebut.(pemerhatian secara langsung-psikologi)

 

8.0 ISU DAN CABARAN E-LEARNING TERHADAP PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS


Umumnya, E-Learning telah memberi manfaat kepada pelajar dan guru untuk memudahkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran menjadikan konteks pengajaran lebih mudah difahami dan diikuti. Tetapi sedarkah kita apakah isu dan cabaran E-Learning yang timbul sekiranya ia digunakan oleh kanak-kanak bekeperluan khas seperti ketidakupayaan pembelajaran, ketidakupayaan pendengaran dan ketidakupayaan penglihatan. Di sini saya hanya mahu tekankan kepada kanak-kanak ketidakupayaan pendengaran sahaja dalam isu dan cabaran E-Learning. 

Cabaran Pertama

Masalah utama dalam E-Learning ialah melibatkan komunikasi dua hala antara individu biasa dengan individu cacat pendengaran yang perlu diperbaiki agar kedua-dua pihak dapat berkomunikasi dengan lebih telus dan berkesan. Masalah komunikasi ini ternyata memberikan kesan kepada hubungan masyarakat dan hak kolektif komuniti cacat pendengaran telah jauh dari amalan biasa dari aspek kerjasama dan perpaduan. Masalah ini terjadi apabila komuniti cacat pendengaran hanya boleh berkomunikasi dan menerima dengan individu yang tahu menggunakan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi mereka. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila jumlah jurubahasa yang berkemahiran dalam bahasa isyarat ternyata semakin berkurangan dan sangat terhad dalam komuniti masyarakat. Masalah-masalah ini boleh menyumbang kepada keberkesanan dan kesan negatif terutamanya kepada aspek identiti yang menyebabkan individu cacat pendengaran mula membina dunia mereka sendiri yang boleh menyebabkan mereka mengasingkan atau memisahkan daripada masyarakat biasa justeru merasa payah dan sukar untuk menggunakan aplikasi E-Learning. 

Cabaran Kedua

Abdullah Yusoff (1995), menyatakan murid-murid bermasalah pendengaran atau bisu yang menggunakan bahasa isyarat sebagai medium untuk berkomunikasi amat sukar menulis dan ia akan mencacat celakan penggunaan E-Learning kerana pihak lain tidak faham apa mahu diperkatakan. Hal ini kerana mereka tidak dapat menyatakan idea dalam struktur ayat bahasa, sedangkan semasa proses perbincangan, pelajar cacat pendengaran berkemampuan menyatakan idea dalam bahasa isyarat. Selain itu, terdapat perbezaan aspek penekanan kepada struktur bahasa isyarat iaitu bahasa isyarat mengutamakan unsur yang semantik tanpa terikat dengan tatabahasa bahasa melayu, sedangkan bahasa melayu keterikatan tatabahasa menentukan semantik. Mereka juga mengalami kesukaran membuat pemilihan perkataan untuk dimasukkan ke dalam ayat terutamanya perkataan yang membabitkan imbuhan. Masalah komunikasi utama yang dihadapi ialah pelajar cacat pendengaran dengan guru yang tidak tahu berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa isyarat. Kajian lalu menunjukkkan kebanyakan pelajar masih menghadapi masalah memahami bahasa isyarat yang digunakan oleh pelajar cacat pendengaran. Ini adalah disebabkan pelajar yang tidak mempunyai masalah pendengaran tidak mempraktikkan penggunaan Bahasa isyarat. Pelajar cacat pendengaran menghadapi masalah penyertaan dan motivasi yang rendah kerana mereka kurang komunikasi dan juga kurang maklum balas antara mereka dengan pengajar atau mentor.Hal ini boleh menjadikan satu isu kepada mereka kerana mereka juga mahu menggunakan aplikasi E-Learning yang telah banyak diguna pakai oleh orang lain.

 

Isu Pertama

Ia melibatkan kos yang tinggi sama ada untuk infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian yang mana boleh menyusahkan pelajar bekerperluan khas dari segi kewangan. Kos membaik pulih komputer yang rosak juga perlu dipertimbangkan. Perisian mestilah yang asli dan bukan yang dibeli di pasaran biasa atau pirate installler. Tentulah ia melibatkan kos yang tinggi kerana satu perisian adalah untuk satu komputer sahaja. Selain itu, negara kita dikejutkan tentang isu makmal-makmal komputer yang belum siap dibina atau yang siap dibina tetapi tidak selamat diduduki. Ini amat merugikan dan satu pembaziran kerana pembinaaan makmal komputer ini melibatkan tender-tender kerajaan. Selain itu, perkakasan komputer sentiasa berubah (Pentium 4) kerana tidak mungkin perisian terkini memakai Pentium 486 atau Pentium 2.

 

Isu Kedua 

Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan akses-akses teknologi yang up to date serta bahan pengajaran yang bermutu supaya tidak menyusahkan pelajar yang ketidakupayaan dalam pendengaran. Selain itu, guru perlu ada stail pembelajaran yang berbeza bagi pelajar agar lebih menarik perhatian dan minat pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu sediakan latihan tenaga pengajar yang sesuai dan kursus yang berterusan kepada para guru yang tertentu serta bersesuaian dengan kehendak sukatan pelajaran.
 

9.0 KESIMPULAN



Kesimpulannya ,Institut Pengajian Tinggi Awam , Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan ‘e-learning’sebagai teknik yang terkini untuk menyampai modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan ‘e-learning’ bagi melatih pekerja mereka. Maka adalah wajar ‘e-learning’diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian ‘e-learning’siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK)perlu diselitkan secara bijak dalam ‘e-learning’. Walau bagaimanapun, ‘e-learning’yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masihmemainkan peranan dalam mendidik pelajar-pelajar kita. 

2 comments: