Sunday, 7 May 2017
Monday, 1 May 2017
1.0. Pengenalan
2.0 Matlamat Pembelajaran dan Pengajaran berasaskan komputer
3.0 Objektif Pemebelajaran dan Pengajaran berasaskan komputer
4.0 Pembelajaran berasasakan komputer
5.0 Komunikasi berperantaraan komputer dalam Pembelajaran dan Pengajaran
6.0 Penutup
1.0 PENGENALAN
Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. MSC( Multimedia Super Corridor ) ialah suatu projek teknologi maklumat yang sangat penting ke arah meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran yang lebih bersistematik.
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) telah dapat dikenal pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian sedang berusaha menyediakan bahan PPBK yang secukupnya bagi 4 mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar. Peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di kalangan pelajar.
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja pada zaman kini.Teknologi maklumat ini dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. E-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang.
Bagi mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara pembelian nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru sebaliknya guru-guru perlu dibekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat melalui komputer.
Pengajaran dan penggunaan komputer ( PPBK ) ini adalah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar.Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalau terminal.
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tertentu. Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan pelajar dengan kebolehan dan minat yang berbeza dapat menggunakan teknologi komputer sebagai alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka Selain itu, pendekatan ini juga perlu bagi memastikan pelajar-pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan negara dapat memainkan peranan mereka secara berkesan untuk memajukan masa depan negara yang berteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat ini.
2.0 MATLAMAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
2.1 Menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai perkakasan komputer yang mudah serta dapat mengoptimumkan masa guru dan pelajar.
2.2 Memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasaan komputer berdasarkan kadar keupayaan masing-masing
.
2.3 Memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan asas, konsep, prinsip dan fakta mengenai komponen perkakasan komputer berdasarkan kandungan bahan yang disediakan.
2.4 Membolehkan pelajar agar berdikari dalam mencari maklumat dan penemuan untuk memenuhi sebarang tugasan.
2.5 Mencetuskan satu perbincangan yang menarik di kalangan pelajar dan guru.
3.0 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
3.1 Dapat memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan dan komponen sistem komputer dalam teknologi maklumat.
3.2 Dapat menjana kefahaman mengenai jenis dan fungsi komponen komputer dan yang berkaitan dengannya dalam menjayakan matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknologi maklumat.
3.3 Dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang kepentingan menjaga dan membaikpulih sistem komputer masing-masing.
4.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
Prinsip pembelajaran berasakan komputer berlaku apabila pembelajaran dilaksanakan melalui penggunaan komputer. Komputer digunakan di dalam bilik darjah untuk membantu kaedah pengajaran tradisional. Alat elektronik ini boleh menyimpan arahan dan data dalam memorinya dan melaksanakan arahan dalam susunan yang logik. Terdapat pelbagai jenis PPBK yang mempunyai kelebihan dan kesesuaian masing-masing dalam penggunaan matapelajaran di peringkat rendah, menengah dan tinggi.
4.1 Latihtubi
Latihtubi adalah suatu latihan yang diberikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer akan memberikan maklum balas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan pelajaran mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh, apabila membuat latihan Matematik, para pelajar tidak akan merasa tegang jika terdapat kesalahan dalam latihan yang mereka buat. Mereka akan memperbaiki kesalahan itu dan akan cuba menjawabnya sekali lagi.
4.2 Tutorial
Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran yang disampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Kemudiannya, komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah dalam peperiksaan. Sebagai contoh, apabila para pelajar menggunakan disket sebagai bahan pembelajarannya, dia tidak akan berasa bosan jika dia tidak memahami sebarang soalan yang terdapat di dalamnya.Pelajar akan lebih bersemangat untuk membuat soalan di dalamnya apabila kesalahan yang dilakukan diberi komen oleh suara latar belakang dan muzik sampingan yang terdapat di dalam disket tersebut.
4.3 Simulasi
Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutamanya dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, penggunaan komputer dengan disket-disket tertentu seperti disket yang mengandungi kejadian alam iaitu kejadian gempa bumi, proses pertumbuhan manusia, proses fotosintesis dan kejadian hujan akan menyebabkan para pelajar berasa tertarik untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan lebih mendalam walaupun pada mulanya mereka tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut.
4.4 Permainan
Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, kematangan berfikir, menambah pengetahuan dan juga secara tidak langsung sifat kesabaran akan wujud dalam diri para pelajar. Sebagai contoh, dalam permainan catur bersama dengan komputer, akan menyebabkan seseorang pelajar menggunakan tahap pemikiran yang lebih tinggi untuk memenangi permainan tersebut. Ini kerana komputer mempunyai banyak taktik dan akan menyebabkan para pelajar bermain dengan agresif dan kritis.
4.5 Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah adalah sesuatu perkara yang dianggap sangat rumit oleh para pelajar. Mereka menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan yang tepat dan baik. Mereka akan ragu-ragu dan keliru dalam membuat sebarang keputusan. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Matematik, terdapat banyak soalan yang merumitkan.Apabila pelajar menggunakan bantuan daripada komputer yang mempunyai daya tarikan animasi, pergerakan dan bunyi, mereka akan membuat latihan penyelesaian masalah tersebut dengan lebih yakin bahawa keputusan yang mereka ambil itu adalah yang paling tepat.
5.0 KOMUNIKASI BERPERANTARAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aplikasi teknologi komputer dalam pendidikan dan latihan . Selain daripada itu,komputer juga boleh mengendalikan seluruh proses pengajaran tanpa bantuan guru.
5.1 Komputer sebagai pakar rujuk iaitu Guru komputeru
Komputeru boleh berperanan seperti seorang manusia yang berupaya mengawal banyak peranti atau perkakasan melalui perintah yang telah diprogramkan. Dalam hal ini membolehkan pelajar dan komputer berdialog mengenai topik khusus. Dalam hal ini komputeru adalah pakar (guru) rujuknya yang mempunyai pelbagai pengetahuan mengenai sesuatu subjek.
5.2 Komputer sebagai pembimbing iaitu Tutor
Keadaan ini biasanya dapat dilihat dalam bilik darjah pada hari ini, seseorang bertanggungjawab terhadap ramai pelajar.Dengan adanya kemudahan komputer, maka setiap komputeru boleh ditugaskan untuk mengajar hanya seorang pelajar sahaja. Dengan cara ini proses pengajaran dapat dilakukan secara individu. Satu komunikasi yang baik akan wujud di antara guru dan pelajar kerana komputer yang berperanan sebagai guru itu akan hanya melayan kerenah seorang pelajar.
5.3 Komputer sebagai penyimpan Rekod Akademik
Komputer merupakan sebuah mesin pemprosesan data bereletronik yang boleh menerima dan menyimpan data di samping melakukan pelbagai jenis operasi dan kemudianya mengeluarkan keputusan atau maklumat yang disimpanya. Dengan ini komputer berupaya menerima dan menyimpan maklumat yang banyak dalam satu masa. Data yang banyak dan boleh dicapai dengan cepat serta mudah sudah pasti dapat mengurangkan beban guru tersebut. Guru tidak perlu lagi bersusah payah membawa buku-buku nota para pelajar yang banyak ke kelas kerana segala nota sudah terdapat di dalam komputer yang telah disediakan.
5.4 Komputer sebagai Penyelia dan penyemak peperiksaan
Komputer boleh diprogramkan untuk menganalisa setiap soalan berdasarkan pencapaian pelajar. Ini membolehkan guru memikirkan kembali objektif setiap soalan tersebut dan mereka bentuk teknik-teknik pengujianya kepada para pelajar melalui komputer.
5.5 Pengajaran berbantukan komputer
Pengajaran berbantukan komputer (PBK) adalah satu strategi atau bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan seluruh atau sebahagian dari isi kandungan mata pelajaran. Ia biasanya dipersembahkan dalam satu perisian yang diadakan bagi menjadikan aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.Dalam PBK, pelajar akan berinteraksi terus dengan komputer. Seseorang pelajar boleh belajar secara bersendirian dalam pelajaran yang telah direka bentuk dan diprogramkan ke dalam komputer serta boleh mengawal urutan pembelajaran. Guru hanya memilih dan mengatur bahan pembelajaran yang sesuai.
5.6 Pengajaran diurusakan komputer
Pengajaran diuruskan komputer ialah penggunaan sistem komputer untuk menguruskan maklumat tentang prestasi pelajar serta pemilihan sumber-sumber pembelajaran bagi mengawal pembelajaran individu. Sistem ini dapat menjimatkan masa interaksi antara guru dengan para pelajar dan secara tidak langsung ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pengajar. Dalam sistem ini komputer dapat membantu menyelasaikan masalah pengurusan pengajaran dengan cara ujian, menyediakan markah, menentukan langkah-langkah pembelajaran, seterusnya merekod pencapaian pelajar serta menyimpan rekod pelajar, guru dan kekitangan di sekolah.
5.7 Multimedia berasaskan komputer
Multimedia berasaskan komputer merupakan satu cara pembelajaran yang interaktif. Ia dikawal dan dikendalikan oleh komputer sepenuhnya. Multimedia ini menggabungkan teks, grafik serta lain-lain atribut media seperti bunyi ,animasi dan visual. Ia turut menggunakan struktur rangkaian node dan link rangkaian.
5.8 Surat elektronik @ E-mail
Surat elektronik atau e-mel merupakan sejenis alat komunikasi. Melalui e-mel, kita tidak perlu membuang masa untuk ke pejabat pos bagi tujuan menghantar surat. Selain itu, dengan menggunakan e-mel, kita boleh menghantar pelbagai jenis maklumat seperti artikel, gambar dan mesej. Di antara perkhidmatan e-mel yang boleh digunakan ialah Hotmail.com dan Yahoo.com. Sebagai contoh jika seseorang guru itu perlu menghantar bahan nota, guru hanya perlu menghantar bahan-bahan tersebut kepada para pelajar melalui alamat e-mel mereka.
5.9 Perbualan maya atau chating
Walaupun terdapat pelbagai pendapat yang mengatakan bahawa chating merupakan bahan yang tidak baik tetapi ia juga boleh digunakan sebagai bahan komunikasi. Melalui chating konsep pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih muda, satu ruang pendidikan boleh dicipta. Melalui ini mereka boleh mencari guru dan menanyakan sebarang kemusykilan mengenai pelajaran dan soalan mereka akan terjawab ketika itu juga. Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa para pelajar dapat menjimatkan masa dan dapat menjawab soalan tersebut dalam suasana yang tenang. Perkara sebegini boleh dijalankan pada waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan melalui makmal komputer. Pertukaran pendapat yang senyap dan tenteram boleh berlangsung di antara guru dan pelajar.
5.10 Laman web atau website
Melalui laman web, satu komunikasi yang menarik dapat dijalankan diantara guru dan pelajar, contoh laman web yang boleh digunakan bagi tujuan pendidikan ialah Laman Web Portal Pendidikan Utusan. Laman web ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar, ibu bapa dan para guru. Perkara ini terjadi kerana persembahan yang menarik dengan adanya animasi, grafik, muzik dan suara latar yang menarik menyebabkan para pelajar akan melayari laman web tersebut, malahan kita tidak dikenakan bayaran semasa melayari laman web tersebut.
6.0 PENUTUP
Perkembangan komputer pada masa kini terutamanyanya dalam pendidikan telah menyebabakan pihak kerajaan menjadikan pendidikan sebagai salah satu aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia ( MSC ). Hasilnya Sekolah Bestari telah dilancarkan pada tahun 1999 dan pada tahun 2002, projek tersebut telah memasuki tahun ketiga dan tahap terakhir dalam fasa projek rintis. Di negara ini, lebih 200 buah sekolah sedang dilengkapi dengan makmal komputer. Satu lagi perkembangan terbaru dalam senario pendidikan ialah penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Sehubungan itu, komputer-komputer Notebook dibekalkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ini menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk mempertingkatkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan.
Komputer juga dapat membuat proses pembelajaran sebagai sebuah aktiviti yang mudah, di mana pelajar tidak perlu membaca buku yang susah untuk difahaminya. Malah, komputer merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan mempercekapkan kehidupan mereka. Dengan menggunakan komputer pelajar juga dapat mengawal apa yang hendak dilakukan sambil menggunakan bahan kursus PPBK. Pelajar juga akan didapati lebih berminat dan semakin cemerlang dalam bidang akademik.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh bergantung kepada komputer sebagai jalan penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi kerana komputer juga memiliki kekurangan yang tersendirinya. Terdapat juga bahan-bahan pengajaran dan penbelajaran yang lain yang lebih menarik.
RUJUKAN
1. Zoraini Wati Abas. 1993. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
2. Mohd.Izwan Hassan. 2001. Menguasai Excel 2000. Johor Baru: Jahabersa
3. Murugappan, p. 2000. Microsoft Access 2000. Kuala Lumpur. Venton Publishing
4. Zoraini Wati Abas. 1994. Pengenalan Kepada Komputer. Federal Publishing
5. Tay Vaughan. 1994. Multimedia : Making It Work, Second Edition. Berkeley, USA
Perkataan e-learning dalam konteks pendidikan di Malaysia kini mula hangat diperkatakan. Sebelum melangkah lebih jauh, cuba kita definisikan apakah makna e-learning tersebut.
Menurut Wahyu dan Yahya (2006),definasi ‘e-learning’ atau electronic learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi dan juga seringkali di salah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Secara umumnya, ‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Maka,konsep e-learning ini adalah meluas dan bukannya sekadar pembelajaran atas talian (online) semata.
Menurut Wahyu dan Yahya (2006) juga, perkembangan e-learning di Malaysia adalah baru jika debandingkan dengan negara-negara barat dan negara jiran, Singapura. Agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh ‘National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk mewujudkan Koridor Raya Mltimedia, MSC bagi mencapai NITA. Strategi yang telah dirancangkan oleh NITC ialah ‘e-community, ‘e-public services’, ‘e-learning’, ‘e-economy’, dan ‘e-sovereignty’. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan pula telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan.
Banyak perbincangan yang telah dibuat untuk membuat perbandingan di antara kaedah pembelajaran taradisional dengan e-learning. Kaedah tradisional dikatakan tidak menjadikan suasana pembelajaran aktif berbanding dengan e-learning. Pelajar pada zaman ini yang digelar pelajar 'Net Generation' atau 'Millennial' mahukan profesor mengubah cara pengajaran mereka (Carlson, 2005). Carlson (2005) juga melaporkan bahawa pelajar Millennial adalah bijak tetapi kurang sabar. Mereka mengharapkan keputusan segera dan selalu tertarik dengan alatan elektronik yang canggih. Oleh itu, berdasarkan kepada sikap semulajadi mereka, mungkin boleh dikatakan bahawa kaedah e-learning adalah lebih sesuai untuk generasi baru ini.
Namun, berpegang kepada tiada satu kaedah pengajaran yang sesuai untuk semua orang, saya percaya bahawa e-learning tidak boleh digunakan secara sepenuhnya di Malaysia. Kepelbagaian kaedah akan menarik minat lebih ramai pelajar untuk terus mengikuti kelas tersebut.
Tidak berapa lama dulu juga, Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan fakta mengenai faktor-faktor yang menyebabkan siswazah mengganggur di Malysia ini Salah satu sebabnya ialah kurangnya kemahiran sosial dalam kalangan siswazah tersebut. Bolehkah diandaikan bahawa e-learning yang kebiasaannya dibuat secara berseorangan mengurangkan kemahiran interpersonal pelajar?

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
PENGENALAN
Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan
Penyebaran menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information
technology and communication (ICT). Oleh kerana kuatnya pergantungan kepada
teknologi maklumat itu, maka abad ke-21, dicirikan sebagai abad teknologi maklumat
dan komunikasi.
Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat yang hidup dalam era
globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat bergantung
kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, dan pembaharuan
dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini
dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah dan di institusi pendidikan tinggi.
Ini bermula dengan memperkenalkan subjek-subjek berkaitan seperti Perkomputeran
dan Teknologi Maklumat untuk pelajar di peringkat menengah dan mendirikan Sekolah
Bestari untuk mendedahkan murid-murid dari peringkat rendah lagi kepada komputer
yang digunakan untuk proses mengajar dan belajar.
Namun usaha kerajaan ini tidak akan berjaya jika anggota masyarakat tidak
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan ICT. Pengalaman di negara
maju menunjukkan empat keperluan perlu ada jika kerajaan dan masyarakat ingin
meningkatkan pendedahan dan penerimaan masyarakat kepada teknologi maklumat dan
komunikasi. Keperluan itu ialah sikap penduduk dan pelajar mestilah positif dan
bersedia untuk berubah, prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap
dan mencukupi, tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi
maklumat mestilah mahir dan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya
itu.ICT itu berlaku di kalangan remaja-remaja di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di
Malaysia.
ICT MENINGKATKAN PEMBELAJARAN
Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Apakah kesan tuntutan untuk
memperkembangkan ICT ini ke atas dasar dan amalan (practice) pendidikan?
Sejauhmanakah sistem pendidikan bersedia untuk memainkan peranannya? Apakah
perubahan dalam kaedah, sistem penilaian dan pengkayaan yang wajar dibuat? Pendek
kata, bagaimana sebenarnya proses pembudayaan untuk ICT ini harus dirancang dan
dilaksanakan?
Dalam membudayakan remaja dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, system pendidikan Negara haruslah bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT dan seterusnya budaya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan golongan muda.
Sejak 1999, sistem pendidikan telah mengalami perubahan dengan penerapan Sekolah Bestari di beberapa sekolah yang terpilih di seluruh negara.Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara yang sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan berdaya saing untuk menghadapi alaf baru yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Di samping itu, sekolah bestari merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana perkembangan produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif.
Selain itu, ia juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini serta kemudahan prasarana itu secara tidak langsung berupaya untuk memperkasakan perkembangan ICT di kalangan rakyat.
Langkah tersebut membantu generasi muda untuk menguasai penggunaan aplikasi ICT selain merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk di bandar. Pewujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana, Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC bagi menggalakkan lagi pertumbuhan modal insan di kalangan masyarakat tempatan.
Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi platform bagi melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek, kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti berteraskan kemudahan yang disediakan dan garis panduan yang ditetapkan. Justeru, dengan adanya staf profesional di kalangan tenaga pengajar (guru), kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan mengajar digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak langsung mampu melahirkan para pelajar yang celik teknologi maklumat (IT).
Di Sekolah Bestari pembelajaran bercorak kendiri diterapkan, kurikulum lebih fleksibel dan terbuka berbanding sekolah biasa. Bagaimanapun, ramai mempunyai persepsi yang salah apabila menyebut tentang Sekolah Bestari, pada peringkat awal konsep Sekolah Bestari diperkenal- kan.
Sehubungan itu, bagi menyebarkan peranan sebenar dan konsep Sekolah Bestari kepada umum, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah menganjurkan lawatan ke beberapa Sekolah Bestari di Sarawak bagi meneliti perkembangan sekolah-sekolah berkenaan. Kunjungan dua hari ke Sarawak itu adalah untuk melawat tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia (BM) Saratok, Sekolah Menegah Sains Kuching dan Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah.
Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan perlaksanaan Sekolah Bestari nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi dan perkakas ICT. Secara tidak langsung, budaya memperkasakan ICT dapat diterapkan di kalangan para pelajar, guru-guru sekali gus kepada masyarakat setempat.
Dari segi pengurusan, sekolah-sekolah berkenaan menggunakan perisian khas yang bertujuan merekodkan segala data mengenai murid dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan dan sebagainya. Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada memudah- kan proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat dilakukan oleh pihak sekolah.
Sementara itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah biasa. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata pelajaran tertentu yang memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian ‘Power Point’. Penyediaan bantuan papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta projektor melancarkan lagi proses pengajaran guru-guru di sekolah tersebut.
Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut turut menganjurkan program khas seperti bengkel, pertandingan, pameran dan juga minggu berkaitan ICT khusus untuk para pelajarnya. Dalam pada itu, pengajaran yang sistematik dan berkonsepkan modul turut menampakkan kelancaran membahagikan penggunaan kemudahan yang sedia ada. Ini adalah kerana, bilangan komputer yang sedia ada tidak mencukupi untuk digunakan oleh semua pelajar serentak.
Oleh demikian, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan prasarana waktu sekolah.
Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk menggunakan kemudahan selepas tamat masa persekolahan. Selain itu, kesemua pelajar turut diajar untuk menggunakan perisian dan aplikasi ringkas bagi membantu sistem pembelajaran mereka. Lebih menarik, para pelajar berupaya untuk mengumpul data dan maklumat mengenai sesuatu tugasan yang diberi melalui Internet dan kemudiannya menghantarnya kembali kepada guru berkenaan menerusi e-mel. Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan aplikasi ringkas dan pengetahuan mengenai komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut dikongsi dengan isi rumah masing-masing.
Selain itu, antara cabaran lain adalah sekolah tersebut kekurangan guru penyelaras ICT yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan juga kemudahan prasarana sekolah.
Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT perlu ditambahkan bagi setiap sekolah dalam usaha memastikan kelancaran.
Secara keseluruhan, menerusi lawatan ini, boleh dikatakan Sekolah Bestari merupakan platform terbaik untuk melahirkan generasi yang lebih berdaya maju, kreatif dan juga inovatif.
Namun apa yang lebih penting adalah, kewujudan Sekolah Bestari adalah untuk memupuk generasi muda supaya tidak mengadaptasi sistem pembelajaran menghafal, sebaliknya berfikiran kritikal bagi menghadapi dunia yang kian berkembang
SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.
Saya berpendapat bahawa kerajaan telah berperanan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian ini telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan beberapa perubahan untuk menjana sistem pendidikan agar selari dengan pemodenan yang banyak dipelopori oleh penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Antara program yang sedang dilancarkan kementerian pendidikan adalah pelaksanaan sekolah bestari.
Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Ini dapat membuka peluang yang luas kepada penggunaan teknologi maklumat yang pasti akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
. Mulai Januari 1999 internet saluran utama teknologi maklumat, menjadi sebahagian dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran MIMOS telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Melalui projek ini Kementerian Pendidikan telah menyediakan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. khususnya Bahagian Pendidikan Guru telah dan sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu) kepada guru-guru bertempat dibeberapa buah maktab.Melalui kursus ini guru-guru didedahkan kepada pelbagai kemahiran generik termasuk bidang teknologi maklumat yang menjadi tapak utama sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
kesedaran ibubapa akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak membantu anak-anak mereka menggunakan teknologi ini dengan lebih efektif. walau bagaimana pun setiap keluarga sekurang-kurangnya memiliki sebuah komputer di rumah mereka kerana , Teknologi maklumat berkait rapat dengan penggunaan komputer. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan mengalakkan sesebuah keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer masing-masing di rumah
Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00 bagi pembelian komputer untuk ahli-ahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang bakal dapat dan guna dari penggunaan komputer itu sangat bergunaTeknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal dan berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal keadaan cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam kehidupan kita.
Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini , kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini
Kesan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnPenggunaan ICTya yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.
Kesan-kesan penggunaan Internet dan e-mel secara meluas
Dikirim pada 16 Mac, 2008 oleh admin
Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat, Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di dunia. Rangkaian induk ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer lain. Lebuh raya maklumat antarabangsa ini tidak dimiliki sesiapa dan tidak ada pihak yang mampu mencegahnya di bawah konsep langit terbuka. Intemetjuga menawarkan kemudahan e-mel. Sesungguhnya, Internet ini mendatangkan pelbagai implikasi.
Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak di bawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.
Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapatpulangan daripadanya. Misalnya, kini RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang pesat. Para pelabur, baik dalam pertukaran asing, Baham mahupun perniagaan, dapat menghubungi pihak sasarannya.
E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan man usia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan dapat sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi .
Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja. Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan menggunakan CD-rom, pemelajaran dan perolehan ilmu tidak membosankan. Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat memperoleh maklumat dan dari universiti di seluruh dunia.
Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan “skim cepat kaya” diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.
Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.
Kesan Ekonomi Global kepada Malaysia
Ditulis oleh misai 140 hari lalu (http://mohamadsofee.blogspot.com)
Kategori: Moneytalk
Secara relatifnya, negara berjaya melalui pelbagai ujian baik dari segi politik, ekonomi dan sosial sejak 50 tahun lalu biarpun terpaksa melalui rencam halangan serta dugaan semasa yang sangat mencabar. Prestasi dan kedudukan ekonomi Malaysia tetap berada dalam keadaan memberangsangkan walaupun perkembangan semasa perdagangan antarabangsa, domestik dan pasaran saham agak kurang stabil sejak kebelakangan ini. Realiti ini adalah bersifat global dan bukan Malaysia sahaja yang merasainya bahkan merangkumi negara-negara maju dan membangun lain termasuklah Amerika Syarikat (AS) sendiri.
Sungguhpun begitu, ekonomi global diramal terus berkembang perlahan pada kadar 3.9 peratus pada 2009 berbanding 4.1 pada 2008 berikutan ketidaktentuan prospek pertumbuhan ekonomi AS berikutan krisis gadai janji subprima dan pasaran perumahan yang lemah di sana yang masih membelenggu dan memarahkan lagi keadaan fundamental ekonominya. Ini diburukkan lagi dengan pengumuman bankrap terhadap Lehman Brothers, bank pelaburan terbesar Amerika Syarikat (AS), ketika Rizab Persekutuan dan bank utama global mengambil langkah strategik mengukuhkan pasaran kewangan.
Pengumuman kerugian besar syarikat kewangan terkemuka seperti Merill Lynch dan American International Group Inc (AIG) menyebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap pasaran kewangan AS, sekali gus mempengaruhi sentimen di pasaran kewangan global. Dalam perkembangan berkaitan, usaha Bank of America membeli bank pelaburan Merril Lynch bernilai AS$50 bilion dalam satu urus niaga yang mewujudkan syarikat perkhidmatan kewangan terbesar dunia. Susulan pembelian itu, Bank of America akan memiliki pembrokeran terbesar di dunia dengan kira-kira 20,000 penasihat dan aset pelanggan bernilai AS$2.5 trilion. Di sini, apa yang berlaku di AS boleh memberi kesan dan tempiasan kepada ekonomi Malaysia memandangkan hubungan perdagangan sangat penting wujud sejak sekian lama.
Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada Malaysia biarpun secara amnya ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan melebihi jangkaan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 6.7 peratus dalam tempoh separuh pertama 2008. Pertumbuhan itu disokong kecergasan penggunaan awam dan swasta serta permintaan luar yang kukuh. Bagaimanapun, pertumbuhan ini dijangka perlahan bagi tempoh separuh kedua tahun ini berikutan persekitaran luar yang tidak menentu termasuklah harga minyak mentah yang masih tidak menentu dijangka memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan eksport, terutama bagi produk elektrik dan elektronik (E&E).
Dari sudut ekonomi domestik, tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak mentah sebelum ini dan peningkatan harga makanan dijangka memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna dan pelaburan dari mask e semasa. Meskipun berdepan cabaran ini, ekonomi negara diharapkan masih mampu terus memperoleh manfaat berikutan harga komoditi yang teguh serta pertumbuhan kukuh negara membangun dan negara ekonomi sedang berkembang pesat, justeru dapat mengurangkan kesan ekonomi global yang agak perlahan. Sehubungan itu, sektor perkhidmatan yang berpotensi tinggi untuk diterokai seperti kewangan, profesional dan perniagaan, pembinaan, pendidikan dan latihan serta pelancongan perlulah diperkemas serta dimantapkan lagi sewajarnya. Selain itu, perkhidmatan kesihatan, logistik dan perkhidmatan teknologi maklumat merupakan sektor yang dilihat dapat menyediakan peluang besar kepada syarikat-syarikat tempatan.
Ini adalah kerana, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berdaya maju membuka peluang besar kepada keuntungan syarikat meningkat, sekali gus meningkatkan perolehan kerajaan kerana melalui keuntungan tersebut, kerajaan mendapat hasil cukai yang lebih tinggi. Daripada perolehan cukai yang semakin tinggi ini, kerajaan boleh melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat, menyediakan kemudahan awam, membasmi kemiskinan dan sebaginya. Oleh yang demikian, sektor industri terutamanya perlulah diperkasakan lagi memandangkan ianya menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan dalam usaha mengeluarkan hasil lebih tinggi dan bahan digunakan juga bertambah.
Hasil keluaran komoditi utama negara juga perlu dipertingkatkan seperti jumlah keluaran minyak sawit mentah dan getah yang harganya kini melonjak tinggi dan memberi pulangan lumayan kepada penanam serta penoreh sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Di samping itu, industri pelancaongan negara juga wajar dipertingkatkan kerana ianya turut menyumbangkan kepada pendapatan negara. Pada tahun 2007, menyaksikan kedatangan lebih 20 juta pelancong asing ke Malaysia dengan meraih hasil bernilai RM46.7 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 dan secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan sektor perkhidmatan negara termasuk perhotelan, kraftangan, seni halus, perniagaan runcit, restoran, kewangan dan sebagainya.
Pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), koridor ekonomi dan sistem penyampaian mestilah diperbaiki dan dipertingkatkan agar dapat memberi kesan positif jangka panjang kepada ekonomi negara. Tahap keyakinan pelabur asing ke negara kita hendaklah berada pada tahap yang tinggi biarpun terpaksa berhadapan dengan tekanan politik dalaman dan dalam hal ini pelabur tidak akan mengambil risiko kewangan untuk melabur sekiranya mereka tidak yakin dengan kerajaan yang ada dan wujudnya ketidakstabilan politik. Oleh itu, usaha dan tindakan pantas menarik serta meningkatkan keyakinan pelabur perlu dipergiatkan lagi dari masa ke semasa. Setakat ini negara juga berdepan dengan kelebihan negara membangun lain seperti China, Vietnam, India, Thailand, Indonesia dan sebagainya yang dilihat saingan utama kepada negara.
Menurut Tan Sri G. Gnanalingam, Pengerusi Eksekutif Wesports bahawa selepas mengalami pembangunan kira-kira 50 tahun, kita boleh menyatakan bahawa negara ini memiliki salah satu infrastruktur yang terbaik di dunia di segi jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan malah Koridor Raya Multimedia. Kerajaan telah melakukan banyak usaha agar setiap rakyat memiliki sebuah rumah, setiap murid mempunyai mejanya sendiri di sekolah, setiap pesakit di hospital mempunyai katilnya sendiri dan malah negara ini menyediakan pekerjaan bagi setiap 2.5 juta pekerja asing di samping pendapatan negara diagihkan kepada rakyat dalam bentuk penyediaan peluang pekerjaan, kemudahan awam yang lebih baik termasuklah pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebagainya.
.
Sambil ekonomi negara telah berkembang sejak 50 tahun lepas pada kadar 6.0 hingga 8.0 peratus setahun, pemberian upah di negara ini dikatakan tidak sepadan dengan pertumbuhan sedemikian memandangkan kebanyakan syarikat sektor swasta di sini masih lagi membayar upah kepada pekerja yang bertaraf dunia ketiga. Sejak 50 tahun lepas, pembayaran upah di Singapura telah meningkat 7.5 kali daripada upah di Malaysia dan secara perbandingannya, pendapatan rakyat di Hong Kong lebih tinggi dari di Singapura dan rakyat Jepun menerima pendapatan lebih dari rakyat Hong Kong. Ini penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana melibatkan prestasi dan produktiviti pekerja di negara kita.
Adalah diharapkan pelan dan formula peralihan kuasa yang mungkin akan dipercepatkan di antara Perdana Menteri dan timbalannya seperti mana yang telah dipersetujui dan pertukaran portfolio yang melihatkan perlantikan Menteri Kewangan 1 yang baru serta penurunan harga minyak yang dijangka bakal dilakukan sebelum hari raya Aidilfitri ini diharapkan mampu merangsang dan memacu ekonomi negara di landasan yang betul. Rakyat menaruh kepercayaan yang tinggi serta berharap agar kerajaan dapat melakukan sesuatu agar kestabilan ekonomi, politik dan sosial di dalam negara kekal berada pada tahap yang terbaik dan kukuh pada masa hadapan.
RUJUKAN
KLCI susut bawah 1,000 mata, Berita Harian, 19 September 2008
Malaysia kurang terjejas krisis kewangan AS, 19 September 2008
Ekonomi negara tetap kukuh, 19 September 2008
Bank pelaburan Amerika bankrap, Berita Harian, 16 September 2008
'Infrastruktur kelas pertama, upah dunia ke-3', Utusan Malaysia, 15 September 2008
Kenapa masih tidak yakin?, Mingguan Malaysia, 25 Februari 2007
Tahun Melawat Malaysia raih RM46.7b, Utusan Malasyia, 18 Februari 2008

Teknologi di dalam bidang Pendidikan
1.0 Pengenalan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam bidang pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60an. Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Zawawi Jahya dalam Majalah Pendidik (2005): ‘Kita masih menggunakan minda zaman batu tetapi beropersi dalam era teknologi maklumat dan telekomunikasi yang sangat canggih’. Dalam ledakan teknologi maklumat masa kini, bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini. Penggunaan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam bidang pendidikan dewasa ini. Teknologi maklumat bukan sahaja mengenai penggunaan komputer tetapi juga mencakupi penggunaaan komputer dan telekomunikasi yang kini digunakan secara berleluasa sebagai satu sistem memproses dan menyebarkan maklumat.
Inovasi dan perkembangan teknologi maklumat termasuk teknologi TMK dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi dalam pengurusan dan kemasyarakatan akan bertambah maju pada masa akan datang. Tambahan pula, Malaysia merupakan salah sebuah negara Asia yang proaktif dalam pembangunan infrastruktur dan infrostruktur di peringkat antarabangsa, adalah menjadi perubahan drastik dan terpengaruh dalam arus peralihan global ke arah perubahan teknologi yang pesat. Bukan mudah untuk membuat peralihan daripada pengguna manual pertanian kepada sains dan teknologi, daripada kefasihan berbahasa kepada kefasihan berteknologi. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) atau informartion technology and communication (ICT) dalam bidang pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.
2.0 Definisi Teknologi
Menurut Turban et al.(2005), teknologi maklumat merujuk kepada bahagian teknologikal dalam sistem maklumat. Ia meliputi perkakasan, pangkalan data, perisian, rangkaian, dan peranti-peranti yang lain. Mengikut Galbraith (1967), ‘technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks’. Manakala merujuk Finn (1960); Heinich, Molenda dan Rusell (1989); Romizowski (1988) dalam buku Yusup Hashim dan Razmah Man (2006) yang bertajuk Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi telah menjelaskan bahawa teknologi membawa dua maksud:
i. Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugas-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
ii. Teknilogi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan filem, (perisian) adalah hasil teknologi.
Yusup Hashim dan Razmah Man dalam buku Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi juga menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi ditaksirkan dari dua sudut iaitu sudut produk dan sudut proses. Dari sudut produk teknologi maklumat merupakan peralatan yang boleh digunakan untuk membina, mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti penggunaan komputer, peralatan telesidang, CD ROM dan perisian komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi proses pula, teknologi maklumat boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi komunikasi seperti Internet (e-mail, www, forum dan laman web), telesidang video atau instruksi berasaskan komputer (IBK).
Menurut Abdul Manaf Bohari dan rakan-rakan (2006) dalam buku Sistem Maklumat Dalam Organisasi Komtemporari mendefinisikan teknologi maklumat dan Komunikasi sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi terkini sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain tanpa mengira situasi, masa, dan lokasi geografi.
Tiga asas utama sistem teknologi maklumat adalah perkakas komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Sinergi antara ketiga-tiga teknologi tersebut berupaya menggerak dan mewujud satu kuasa teknologi yang bernilai dan berdaya maju dalam aspek komunikasi atau perhubungan. Teknologi maklumat diperkenalkan bagi memajukan lagi sistem pendidikan harian di sekolah. Oleh yang yang demikian kita sebagai pendidik seharusnya tidak ketinggalan dalam mendalami ilmu bagi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3.0 Matlamat
Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat peringkat sekolah ialah untuk membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi maklumat dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan teknologi maklumat bagi menyelesaikan masalah. Di samping pengetahuan dan kemahiran, kurikulum Teknologi Maklumat juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja.
4.0 Objektif
Ke arah mencapai matlamat kurikulum, objektif berikut digariskan bagi membolehkan pelajar:-
1. Mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang berkaitan dengan
teknologi maklumat;
2. Membina pengetahuan tentang prinsip dan proses teknologi maklumat;
3. Mengenal pasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh ditangani melalui
teknologi maklumat;
4. Menjana idea bagi memajukan teknologi berkaitan dengan keperluan yang dikenal
pasti;
5. Mengguna teknologi maklumat dengan berkesan untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah;
6. Menyedari implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan
kehidupan harian;
5.0 Kebaikan dan Kepentingan Teknologi terhadap Bidang Pendidikan
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified ”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini, terdapat banyak kebaikannya. Antaranya kita akan dapat berfikiran secara terancang dan dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan, aktif dan bermutu.
Selain daripada itu, ianya juga terdapat perisian yang boleh kita gunakan dalam pengajaran kita. Perisian ini mempunyai nota, soalan dan ulangkaji yang membolehkan murid-murid berinteraksi secara langsung dengan komputer. Kaedah ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi sesetengah guru yang juga boleh digunakan sebagai pengganti guru semasa guru tiada dalam kelas.
Teknologi maklumat dan komunikasi juga boleh digunakan untuk merangsang minda murid supaya lebih segar dan sentiasa memberikan tumpuan sepanjang proses pembelajaran. Di samping itu, penggunaan ini juga boleh melibatkan internet. Dengan adanya internet, guru dan murid boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara terus-menerus.
Sejak perlaksanaan teknologi di sekolah sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa perubahan yang dapat dilihat dengan jelas kepada pelajar dan guru-guru di sekolah yang betul-betul menggunapakai teknologi di sekolah. Lebih-lebih lagi peningkatan dalam kualiti dan peratus lulus peperiksaan awam. Dengan pengajaran dan ulangkaji telah diselangseli dengan TMK dan didapati penumpuan pelajar lebih dan mereka lebih memberi perhatian sehingga di saat terakhir pengajaran.
Apabila guru-guru mengunakan teknologi di dalam pengajaran mereka, pelajar ternyata lebih memberi penumpuan dan lebih memahami tajuk tersebut. Sebagai contoh, di dalam pengajaran Matematik, dengan menggunakan perisian yang dibekalkan dan didapati pelajar lebih seronok untuk belajar kemungkinan disebabkan ada audio, video dan grafik yang menarik berbanding guru yang menggunakan papan hitam sahaja (‘chalk and talk’ method).
Dengan penggunaan kemudahan komputer yang kini telah disediakan oleh kementerian pendidikan hampir di setiap sekolah, pendidik akan dapat menggunakannya dengan lebih cemerlang. Pendidik haruslah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan penggunaan makmal komputer. Selain daripada itu, pendidik juga boleh menggunakan pelbagai perisian komputer berkaitan pendidikan yang kini mudah didapati di pasaran.
Sepanjang proses pengajaran sebagai contoh bagi subjek sains, penggunaan teknologi amatlah berguna. Ini kerana ianya boleh melibatkan murid secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, murid juga akan dapat berinteraksi dengan guru lebih kerap untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang diajarkan. Oleh yang demikian penggunaan teknologi amatlah berguna berguna kepada para pendidik sekarang.
6.0 Isu dan Cabaran
Namun disebalik kecanggihan teknologi yang sedia ada ini ada juga isu dan cabarannya. Antaranya adalah bagi sesetengah sekolah terutama Sekolah Kurang Murid dan sekolah-sekolah di kawasan pendalaman dan terpencil yang tidak mempunyai kemudahan makmal komputer, muridnya tidak dapat berinteraksi secara terus dengan penggunaan komputer. Hanya guru yang boleh menggunakannya. Jadi murid akan rasa ketinggalan.
Selain daripada itu, penggunaan komputer ini dengan kerap juga boleh mendatangkan kerosakan pada komputer itu sendiri dan kos untuk memperbaikinya kadang-kadang amatlah mahal. Antara masalah yang paling utama adalah semasa penggunaan disket atau internet. Penggunaanya yang tidak terkawal boleh menyebabkan kehadiran virus dalam komputer berkenaan dan kerosakkanya amatlah berat.
Oleh yang demikian penggunaan teknologi maklumat ini haruslah dengan pantauan daripada guru-guru yang pakar ataupun guru bertugas supaya ianya dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang dan mengurangkan risiko menanggung kerosakan.
7.0 Persediaan Guru dan Penerapan budaya TMK
K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang. Ini sejajar apa yang dikatakan oleh Yusup Hashim dan Razmah Man (2002): Negara beralih dari ekonomi pertanian, perindustrian kepada ekonomi pengetahuan. Ekonomi pengetahuan bermaksud pembinaan, pembangunan, pengagihan dan penggunaan ilmu pengetahuan dan maklumat untuk meningkatkan produktiviti. Pengetahuan dijadikan faktor pengeluaran menggantikan pertanian atau modal untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
Watson (1991) menyatakan “ empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda.” Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
Kini penggunaan komputer dan teknologi maklumat boleh dikatakan merangkumi setiap kegiatan harian dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita lihat dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi maklumat adalah amat penting terutama sekali sebagai alat membantu pengurusan. Ianya digunakan untuk menyusun sistem data supaya menjadi kemas dan teratur selain dari cepat dan terkini. Ianya juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang terbahagi kepada 4 jenis iaitu mod tutorial untuk pengajaran yang lebih interaktif, mod penerokaan untuk murid merasai pengalaman menjalankan eksperimen, mod aplikasi supaya murid akan lebih memberi tumpuan dan mod komunikasi yang amat sesuai untuk proses pengajaran jarak jauh.
Rasa tanggungjawab untuk membawa perubahan bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik adalah dorongan utama buat guru yang menghayati penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan. Menyediakan bahan pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya banyak melibatkan peruntukan persendirian guru kerana ia memerlukan guru mengorban masa, tenaga dan wang untuk menyediakan bahan tersebut. Cabaran ini ditambah pula dengan kekurangan perisian yang sesuai di pasaran di samping kos yang tinggi untuk mendapatkannya. Namun guru perlu menyedari betapa pentingnya menggunakan kaedah terkini agar pelajar tidak ketinggalan di dalam bidang teknologi masa kini. Inilah motivasi untuk golongan guru tersebut menjalankan amanat di dalam bidang pendidikan.
Usaha bersungguh-sungguh menggunapakai tenologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja memanafaatkan tugasan dan pelajar malah ia juga berjaya menjadi contoh kepada rakan seperjuangan dan pelajar lain. Teknik ini dan keberkesanannya telah menjadi ikutan guru-guru lain dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan satu budaya TMK di sekolah.
Apa yang penting untuk membentuk budaya TMK di sekolah ialah penekanan dan fokus terhadap guru terutamanya menyediakan kemudahan komputer khas buat guru seperti di dalam bilik guru. Selain dari itu, para guru hendaklah memberi latihan dan menggalakkan pelajar mengikuti aktiviti bagi menyedia bahan pengajaran bersama.
Walaupun memakan masa,tenaga dan wang, bahan pengajaran yang dibina berasaskan teknologi hanya perlu dibuat sekali sahaja dan boleh diguna berulang kali untuk kelas yang berlainan dan untuk tahun-tahun seterusnya. Jadi guru tidak lagi perlu menyediakan untuk tahun akan datang tetapi berkemungkinan mereka akan membuat penambahbaikan kepada bahan yang telah mereka sediakan agar ia bersesuaian dengan tahap pelajar pada tahun tersebut.
Apa yang lebih memanafaatkan lagi ialah perkongsian bahan pengajaran kerana guru tidak perlu menyediakan semua tetapi sebahagian bahan yang boleh dikongsi dengan guru lain yang telah menyediakan bahan yang lain. Ini semestinya dapat menjimat masa guru dan menambah koleksi bahan pengajaran mereka.
Dengan pengenalan teknologi di dalam pendidikan dan penggunaan bahan tersebut, secara tidak sedar guru sekolah telah celik teknologi maklumat. Sekiranya ditugas mengganti guru yang tidak hadir pun, mereka hanya perlu membawa seunit laptop ke dalam kelas untuk melaksanakan tugasan dengan efektif dan tanpa rasa bosan.
Sungguhpun dorongan untuk memberi pengajaran yang terbaik agar ia menjadi lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar, usaha guru TMK mahupun guru lain dalam mengguna pakai TMK tidak akan mencapai kejayaan tanpa sokongan daripada beberapa pihak. Antaranya adalah sokongan kuat daripada pihak pentadbiran sekolah terutama pengetua atau guru besar, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga sokongan dan kerjasama di antara para guru sendiri khasnya guru pusat sumber sekolah dan guru data yang lebih berpengetahuan serta berkemahiran dalam sistem TMK.
8.0 Maju lebih jauh
Naluri ingin tahu di kalangan guru kerana tidak mahu ketinggalan dalam bidang teknologi terkini juga penting lebih-lebih lagi bila mendapat penekanan oleh pihak JPN dan KPM di dalam bidang teknologi pendidikan. Sebagai contoh, Projek PPSMI dapat memberi kesan positif dalam penggunaan teknologi di kalangan guru di mana guru “terpaksa” tahu TMK. Sekarang merupakan zaman ICT ataupun TMK bermaksud semua orang perlu tahu TMK. Guru sekarang tahu dengan ada pengetahuan TMK mereka dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja mereka. Pelajar lebih seronok untuk belajar kemungkinan disebabkan ada audio,video dan grafik yang menarik berbanding guru mengunakan papan hitam.
Perkongsian Pintar Pendidikan (SEP) di antara TIME Engineering Berhad, Prestariang Technology Sdn Bhd, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd dan Intel Technology Sdn Bhd telah dimeterai pada bulan Mei 2005 bagi membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyepadukan pembangunan professional keguruan dan latihan, membangunkan infrastruktur bagi komunikasi dan kolaborasi guru serta melaksanakan program bagi meningkatkan pengiktirafan guru.
Projek Sekolah Angkat KPM-Intel adalah kerjasama antara kementarian dengan Intel Malaysia untuk meningkatkan aplikasi pengetahuan komputer dan teknologi maklumat yang diintegrasikan dalam aktiviti pengarjaran dan pembelajaran di sekolah. Program itu juga adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperluas penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah melalui program pembestarian sekolah sebagai usaha ke arah merealisasikan teras ketiga dalam Rancangan Malaysia kesembilan iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan.

8.1 Faktor Sekolah
Peranan dan Sikap pengetua dan guru besar:
Mengikut Rogers (1995) terdapat tujuh peranan yang dimainkan oleh agen perubahan:
i. Menimbulkan keperluan dan semangat untuk perubahan.
ii. Mewujudkan dan mengeratkan hubungan dengan penerima dan pengguna inovasi.
iii. Mendiagnosis masalah dan keperluan pengguna.
iv. Mencetuskan keinginan untuk perubahan.
v. Menterjemahkan keinginan terhadap perubahan kepada tindakan.
vi. Menstabilkan perubahan atau pembaharuan serta berusaha mengekalkannya.
vii.Menyerahkan tanggung jawab sepenuhnya kepada pengguna.
Oleh kerana penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan semakin berleluasan dan penting, sebagai agen perubahan dalam kurikulum di sekolah, pengetua dan guru besar memainkan peranan yang besar untuk membawa perubahan. Mereka harus berkebolehan mempengaruhi semua warga sekolah terutamanya guru untuk menerima inovasi dalam proses P&P. Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua atau guru besar, penolong kanan) adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalan di peringkat sekolah. Mereka adalah penggerak yang boleh memotivasikan setiap guru supaya mempunyai misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah.
Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah pengurusan masa, sumber dan sokongan serta galakan moral kepada kakitangan atau guru yang memainkan peranan penting (Zainab Hussin, 2005). Sikap pengetua atau guru besar dan pentadbir yang lain tidak mengambil serius terhadap inovasi pendidikan akan melemahkan kesungguhan guru-guru yang mungkin telah bersedia menghadapi cabaran perubahan. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan masa depan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan. Maka, pengetua dan guru besar harus memainkan peranan sebagai pemangkin, penyelesai masalah, pembantu proses dan penghubung sumber seperti yang disyorkan oleh Havelock (1995).
8.2 Faktor Guru
i) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer
Dapatan dari pemantauan kolaboratif Sekolah Bestari yang dijalankan pada tahun 2001 di semua sekolah Bestari seluruh negara mendapati walaupun guru bersedia membuat perubahan dengan mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi tetapi ada juga yang tidak bersedia membuat perubahan kerana yakin proses pengajaran dan pembelajaran konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Sekolah-sekolah lebih mementingkan pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pada dasarnya jika keputusan peperiksaan yang diperolehi setiap tahun cukup baik dan cemerlang pada tanggapan guru mengapa harus kita mengubah apa yang telah sedia baik untuk pelajar. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.
ii) Kerisauan untuk menghadapi perubahan
Selain daripada sikap yang tidak menganggap teknologi itu penting, terdapat juga guru-guru yang risau untuk mengguna peralatan teknologi itu sendiri. Sebenarnya, persediaan dan penerimaan guru terhadap perkembangan dan pengaruh teknologi dalm kehidupan seharian dan proses P & P bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Menurut Zorainawati Wati abas (1991), terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu takut sekiranya rosak apabila disentuh peralatan tersebut, takut kerana mereka merasakan tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi iaitu tahap inferior yang tinggi dan ada guru yang risau sekiranya sekolah mengarahkan guru yang tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang memerlukan penggunaan komputer, dengan perasaan risau sebegini adalah lebih mudah bagi mereka menolak terus perubahan.
iii) Masa dan beban tugas guru
Mengintegrasikan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya (Holmes, 1999). Persediaan diperlukan termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta untuk setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 33 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal komputer.
Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru data, setiausaha peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan, aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa berjam-jam.
Penghasilan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and self excel). Bahan-bahan pengajaran atau dalam bestari disebut sebagai pakej pembelajaran juga menitik beratkan kepelbagaian kecerdasan pelajar, keadaan ini secara tak langsung memerlukan persediaan yang teliti dan masa yang lama dalam membina pakej-pakej pembelajaran tersebut.
iv) Kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P
Aspek pembaharuan dalam kaedah mengajar dengan menggunakan teknologi masih terbatas kerana tidak semua guru telah dilatih dan mahir dalam penggunaannya. Proses pengajaran memperalatkan teknologi menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Tidak semua bahan pengajaran telah tersedia untuk digunakan terus. Dengan adanya kemahiran komputer, guru dapat mencurahkan ilmu dan kemahiran dalam subjek masing-masing dan kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan, dengan demikian peralatan-peralatan teknologi yang dibekalkan ke sekolah-sekolah tidak menjadi gajah putih yang hanya digunakan untuk membuat soalan-soalan peperiksaan.
Dapatan kajian Robiah Sidin, Juhana Salim dan Nor Sakinah Mohamad (2003) menunjukkan penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Dapatan juga menunjukkan guru-guru kerap menggunakan hanya tiga jenis program iaitu pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pengurusan fail. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran. Buat masa kebelakangan ini, lebih ramai guru yang memperolehinya secara pembacaan dan pengalaman sendiri.
8.3 Sokongan daripada pihak luar
Untuk memantapkan integrasi teknologi maklumat & komunikasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, pihak sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta masyarakat sekeliling. Pusat Sumber Pendidikan Negari (PSPN) merupakan sumber rujukan dan gedung ilmu yang paling relevan untuk mendapat khidmat bantu mengenai teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi maklumat & komunikasi. Selain daripada itu, pengkongsian kepakaran antara sekolah sekawasan juga boleh dilakukan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran teknologi maklumat & komunikasi guru dan semua warga sekolah.
8.0 Peranan guru dalam era TMK
Masyarakat kita sedang mengalami transformasi menyeluruh. Perubahan itu didorong oleh perkembangan Information Technology and Telecommunications (IT & T). Maka agar guru dan pendidik tetap ikut berperanan dalam era Learning Society abad 21, mesti melakukan transformasi diri: (a) trampil menggunakan teknologi informasi dan (b) menjadi seorang pendidik, yang dari kata-kata, perilaku dan sikapnya dapat mentransfer nilai-nilai kehidupan (soft skill).
Guru merupakan pemimpin yang harus berperanan sebagai agen perubahan untuk melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah (Berita Harian, 20 Julai, 2002). Kenyataan ini mecerminkan bahawa dalam sesebuah sekolah, guru memainkan peranan yang penting secara positif. Malah menjurus kepada pengertian yang lebih mendalam bahawa guru adalah individu yang menggariskan suatu hala tuju, membentuk warga pelajar ke arah merealisasikan hala tuju tersebut dengan nilai-nilai kepemimpinan yang positif (Abdul Ghani Kanesan dan Mohd. Yahya Fadzil Jusoh, 2008). Kepemimpinan guru dalam budaya sekolah yang mengutamakan TMK dapat dilihat menerusi beberapa peranan berikut:
8.1 Pengajar
Guru merupakan agen mempertingkatkan prestasi pelajaran dan penggunaan TMK pelajar. Mereka perlu memahamkan pelajar tentang konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat tentang TMK kepada warga pelajar.
8.2 Pembimbing
Guru membimbing pelajar ke arah bersikap rasional, realitik, kondusif dalam pembelajaran sistem TMK dan menyelesaikan masalah ekoran cabaran yang ditemui. Apabila pelajar dapat menembusi proses pembelajaran yang kondusif, maka secara tidak langsung situasi ini menyediakan diri mereka dalam aspek pencapaian yang baik.
8.3 Inventor

Guru memperkenalkan inovasi teknik dan sebagai agen perubahan kepada suasana dan persekitaran pembelajaran yang menggunakan teknologi secara giat dan berkesan. Guru harus mempunyai keyakinan dan berdaya tinggi dari aspek kreativiti dan inovasi dalam proses mengajar TMK. Hal ini akan menjadikan pelajar tertarik kepada pengetahuan dan pembelajaran TMK. Jika segala atribut dalam budaya diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan membina suatu budaya sekolah.
9.0 Kesimpulan
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan bermaksud menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam bidang pendidikan merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang sepenuhnya di antara pentadbir sekolah (pengetua dan guru besar), guru, pelajar, ibu bapa dan pihak luar. Semua warga sekolah mesti menerima perubahan dan fenomena TMK yang semakin hari semakin penting di sekolah.
Sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental (berfikiran terbuka, positif dan sanggup menerima perubahan serta cabaran), sikap (ingin tahu dan belajar, berkeyakinan diri, kreatif dan inovatif) mahupun dari segi fizikal (penggunaan ABM dengan pengetahuan dan kemahiran TMK). Ini sejajar dengan nasihat yang diberikan oleh Tuan Haji Hussin bin Haji Harun, Tuan Pengarah Pelajaran Perak, dalam Pendidik Bestari: Bicara Bestari (2008): Keperluan tenaga abad ke 21 dicerakin dan dilaksanakan melalui pembangunan potensi kemanusiaan secara bersepadu, memahami aspirasi dan agenda nasional, menguasai sepenuhnya bidang ICT, mengamalkan pembangunan penyelidikan (R&D), teknologi tinggi (high tech) dan pengurusan kewangan mapan. Perlu juga dipersiapkan generasi ketiga yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai jati diri, memiliki ciri-ciri kreatif, inovatif, responsif, proaktif, progresif dan produktif, dalam menghadapi proses dan cabaran globalisasi, menterjemah dalam bentuk realiti sebuah negara Malaysia yang maju dalam acuan sendiri.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.
Rujukan
Abdul Ghani Kanesan dan Mohd. Yahya Fadzil Jusoh. (2008). Majalah EP: Ehwal
Pendidikan. Satin Timur Sdn. Bhd.: Shah Alam, Selangor.
Abdul Manaf Bohari, Nur Haryani Zakaria, Norliza Katuk & Zahurin Mat Aji.(2006).
Sistem Maklumat dalam Organisasi Komtemporari. Prentice Hall. Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.: Selangor.
Berita Harian, 20 Julai, 2002. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. H.5
Galbraith, J. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin.
Havelock, R. G. (1995). The Change Agent’s Guide, (Edisi ke-2), New Jersey:
Educational Technology Publications.
Holemes, W. (1999). The Transforming Power of Information Technology. Community
College Journal, 70 (2), m.s. 2-3.
Hussin bin Haji Harun. (2008). Pendidik Bestari: Bicara Bestari. Buletin Jabatan
Pelajaran Negeri Perak. Bil. 1/2008.
Robiah Sidin, Juhana Salim dan Nor Sakinah Mohamad. (2003). Pembudayaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi di Kalangan Pelajar Melayu dalam Arus Globalisasi.
Prosiding Seminar Kebangsaan Arus Perdana II, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rogers, E. (1995). Diffusion of Innovations, (Edisi ke-4), New York: Free Press.
Turban, E., McLean, E., & Wetherbe, J. (2005). Information Technology for Management:
Making Connection for Strategic Advantages (2nd eds). New York: John Wiley
& Sons.
Watson, Scott, B. (1991). Cooperative Learning and Group Educational Modules: Effects
on Cognitive Achievement of High School Biology Students. Journal of research
in Science teaching.
Yusup Hashim dan Razmah Man. (2002). Peranan Pusat Sumber Pendidikan dalam Zaman
ICT. Dalam Razmah dan Yusup (Penyusun), Instruksi dan Pembelajaran
berasaskan Teknologi: Satu Penilaian semula, Persatuan Teknologi Pendidikan

Malaysia: Kuala Lumpur.
Zainab Hussein. (2005). Factors Affecting Distance Students use of the Internet

in Communication and interaction as a student support system. Disertasi Ph.D
Universiti Malaya.
Zawawi Jahya.(2005). Majalah Pendidik. Wihad Publication sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.
Zorainawati wati Abas. (1991). Sistem ComIL: A Malaysian breakthrough for Computers-in-

Education. Educomp.
Subscribe to:
Posts (Atom)